MAKLUMAT JABATAN

Program praperkhidmatan, iaitu PPISMP dan PISMP Bimbingan dan Kaunseling dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Bimbingan dan Kaunseling Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Perkhidmatan lain yang turut dikendalikan oleh jabatan ini ialah kursus berkaitan pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah rendah. Program Bimbingan dan Kaunseling juga merupakan salah satu bidang kebitaraan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Selain itu, jabatan ini turut menjalinkan  jaringan kolaboratif dengan agensi kerajaan dan swasta untuk melahirkan para guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah khasnya yang berketerampilan dalam semua aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran.

 

FUNGSI JABATAN

  1. Merancang, mereka bentuk, memantau, menganalisis dan menilai kurikulum PISMP Bimbingan dan Kaunseling.
  2. Merancang, mereka bentuk, memantau, menganalisis dan menilai pentaksiran dan penilaian di bawah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling.
  3. Menentukan, merancang dan menjalankan kajian semula kurikulum, pentaksiran dan penilaian bidang-bidang berkaitan di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling.
  4. Merancang, mereka bentuk, memantau, menganalisis dan menilai semua program pembangunan profesionalisme semua unit di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling.
  5. Mewujudkan jaringan profesionalisme dengan agensi luar berkaitan kurikulum di bawah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling.
  6. Merancang dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan dan Kewangan di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling.

 

KEMUDAHAN JABATAN

  1. Bilik Kuliah : K202, K203, K204, K205, K206, K207
  2. Bilik Makmal Kaunseling Blok F3
  3. Bilik Mesyuarat : Bilik Melati Blok F3
  4. Peralatan : Meja/ kerusi, Sistem Penghawa Dingin, Skrin, Whiteboard

Prosedur : Tempahan boleh dibuat melalui KJ Jabatan Bimbingan dan Kaunseling