ALU-ALUAN KETUA JABATAN

Encik Rosli bin Abd Wahab
Encik Rosli bin Abd Wahab, Ketua Jabatan Bimbingan dan Kaunseling

ALU ALUAN KETUA JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahniah kepada Jawatankuasa Web IPG Kampus Darulaman kerana telah berjaya menyediakan laman Jabatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai satu medium dalam menyebarkan maklumat berkaitan perkembangan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh jabatan ini.  Sebagai satu usaha selaras dengan kemajuan teknologi, jabatan ini akan turut mengambil bahagian secara menyeluruh untuk memberikan manfaat kepada warga IPG Kampus Darulaman secara khusus dan pihak luar yang berminat secara amnya. Semoga laman ini akan memberikan satu waadah kepada semua pihak yang berkepentingan.

 

Pihak jabatan ini juga amat berharap semua pihak bersedia untuk menyumbangkan idea dan kepakaran kearah memantapkan perkembangan aktiviti jabatan ini. Sumbangan tuan/puan akan memberikan satu motivasi kepada pihak kami dalam menghasilkan output yang optima dan mencapai tahap cemerlang.

 

Sekian, terima kasih.