KEM KAUNSELING 2019

Kem Kaunseling 2019 ini melibatkan semua pelajar bimbingan dan kaunseling PISMPAmbilan Jun 2018 dan PPISMP Ambilan Jun 2018. Pelaksanaan program ini memerlukan pembinaan jati diri dan identiti yang mantap dalam kalangan pelajar. Pelbagai ilmu telah didedahkan dan diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang terancang dan berkualiti.

            Program ini telah dapat melatih para pelajar untuk membentuk kualiti diri, memupuk sifat tolong-menolong, bekerjasama, sabar dan berdaya tahan dalam mengharungi setiap cabaran dan rintangan yang mendatang. Sifat kebijaksanaan dalam membuat keputusan, pengurusan diri dan penyelesaian masalah juga telah ditekankan dalam kem ini bagi menghadapi situasi sama ada di dalam atau di luar kuliah. Oleh itu, program seumpama ini amat bermanfaat dan dapat membantu melahirkan insan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) yang berdedikasi, berketrampilan serta memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu keseimbangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah yang baik.

Sesi Taklimat