LAPORAN PROGRAM “LAMBAIAN KASIH“ PERSARAAN ENCIK MHD SHOKKERI BIN HAJI ISMAIL

Program ini turut melibatkan 88 siswa pendidik PISMP Ambilan Jun 2018,18 siswa pendidik PPISMP Ambilan Jun 2018 dan 12 orang pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling. Program ini merupakan salah satu langkah untuk memberikan pendedahan kepada siswa pendidik yang terlibat mengenai kepentingan menghargai dan menghormati pensyarah yang memberi ilmu tanpa mengenal erti jemu. Program ini juga membolehkan siswa pendidik mendapat maklumat dan pengalaman daripada pensyarah tentang kemanisan serta kepahitan sepanjang bergelar sebagai seorang pendidik. Ini juga dapat dijadikan sebagai teladan kepada siswa pendidik untuk terus bersemangat mengharungi pengajian di bumi IPG Kampus Darulaman.

Jawatankuasa Persatuan Pelajar Bimbingan & Kaunseling IPG Kampus Darulaman telah melaksanakan suatu program iaitu “Lambaian Kasih“. Program ini telah berlangsung pada 24 Januari 2019 bertempat di Bilik K222, pada pukul 2:15 petang. Program ini dianjurkan khusus untuk membalas jasa dan pengorbanan Encik Mhd Shokkeri Bin Hj. Ismail di atas segala ilmu yang telah dicurahan kepada siswa-siswa pendidik opsyen B&K.