Taklimat Program Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar

Taklimat Program Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar telah diadakan pada 19 April 2018 (Khamis) di Dewan Zaaba, IPG Kampus Darulaman.

Taklimat yang disampaikan oleh CEO Lembaga Kaunselor iaitu Encik Juhari Jani ini melibatkan semua kaunselor berdaftar di Negeri Kedah yang terdiri daripada Pensyarah, Kaunselor Organisasi dan, Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Objektif taklimat ini adalah untuk memberi penerangan berkaitan:

  1. Pengenalan terhadap PPB.
  2. Kategori/Komponen Program dan Aktiviti bagi Sistem Mata PPB.
  3. Prosedur Pengumpulan Mata PPB.

Taklimat bermula pada pukul 9 pagi hingga 1 petang. Semoga kerjasama antara Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus Darulaman dan Lembaga Kaunselor Malaysia dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi memartabatkan profesion kaunselor di Malaysia.